Agensi keselamatan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia, memantau rapat situasi semasa selepas Jepun mengeluarkan amaran kepada warganya termasuk di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia memberi penjelasan berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada triti itu seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan walapun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri.

Kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rome kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April, selaku depositori bagi triti itu, setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri, katanya.

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya dalam Statut Rome.

— BERNAMA

Artikel berkaitan