TERKINI : Jangan Kecewa Tidak Dapat Jawatan – Tun Mahathir

Semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu ingat bahawa perjuangan parti adalah bersandarkan pengorbanan dan bukan mengejar jawatan semata-mata.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu ditubuhkan dengan tujuan untuk berkorban demi bangsa, agama dan negara dan bukannya bersandarkan kepada kuasa atau jawatan.