Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump dijangka menandatangani arahan eksekutif untuk menghalang syarikat-syarikat Amerika Syarikat menggunakan peralatan telekomunikasi yang dikeluarkan oleh firma-firma yang menimbulkan risiko keselamatan negara, sekali gus mengharamkan perniagaan dengan Huawei minggu ini, demikian menurut tiga pegawai kerajaan AS yang mengetahui rancangan tersebut.

Arahan yang tidak menyatakan nama syarikat atau negara secara khusus itu telah diberi pertimbangan sejak lebih setahun lalu namun telah beberapa kali ditangguhkan, kata sumber-sumber berkenaan, lapor Reuters.

Arahan tersebut tidak akan ditangguhkan lagi kali ini, tambah mereka.

Arahan eksekutif itu akan menggunakan Akta Kuasa-Kuasa Darurat dan Ekonomi Antarabangsa yang memberi kuasa kepada Presiden untuk mengawal selia perdagangan sebagai respon kepada ancaman segera terhadap AS.

Arahan tersebut akan diberikan kepada Jabatan Perdagangan yang akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain untuk merangka pelan penguatkuasaan, kata sumber berkenaan.- Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.