Ahmad Dhani
Ahmad Dhani

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani menerima berita sedih dalam penjara apabila dia gagal menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) selepas gagal meraih undi yang mencukupi.

Ahmad Dhani sebelum ini pernah pernah meluahkan keyakinan bakal menjadi anggota DPR.

Penyanyi lagu Larut itu ketika ini dihukum penjara 18 bulan atas kesalahan menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Selain Ahmad Dhani, 13 selebriti lain yang bertanding turut gagal meraih undi yang mencukupi untuk menjadi anggota DPR.

Bagaimanapun, daripada 16 calon kesemuanya, dua yang berjaya ialah penyanyi Krisdayanti dari Jawa Timur 5 bagi kawasan Malang Raya dan Arzeti Bilbina dari Jawa Timur 1, bagi kawasan Surabaya dan Sidoarjo.

Krisdayanti memperoleh 132,131 undi di Malang Raya  yang meliputi kawasan Kota Malang, Kota Batu dan Daerah Malang.

Sementara, artis Arzeti yang mewakili Parti Kebangkitan Bangsa memperoleh 53,185 undi untuk membolehkannya mempertahankan kerusinya.

Pengarah SCG Research and Consulting, Didik Prasetiyono berkata, terdapat beberapa faktor di sebalik penyebab kegagalan seseorang artis merebut kerusi ditandingi meskipun nama mereka popular.

Salah satu sebabnya ialah artis itu bukan calon pilihan raya yang bersedia melawat rumah ke rumah untuk bertemu rakyat. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan