Zamir Selamat. Foto FA Penang Official.

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang menerima kehadiran seorang penjaga gol baharu yang akan menggantikan tempat Syamim Othman bagi meneruskan saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengumuman itu dibuat laman rasmi Instagram skuad Harimau Kumbang iaitu FA Penang Official.

Zamir Selamat yang sebelum ini pernah mewakili JDT, Perak, PKNS dan Melaka United telah menandatangani kontrak sehingga penghujung musim ini.

Berketinggian 179 sentimeter, dia yang berusia 29 tahun telah menyarung jersi Harimau Muda dan Harimau Muda A pada tahun 2008-2012.

Awal tahun ini, Zamir meluahkan rasa hatinya kerana dia masih belum menarik perhatian mana-mana pasukan walaupun pernah muncul bersama Kelantan pada latihan pramusim. – MalaysiaGazette