Timbalan Menteri Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar bercakap pada majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali Ke-21 (COSH 2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 24 SEPTEMBER 2018.
Datuk Mahfuz Omar. foto SYAFIQ AMBAK, 24 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Ahli Pas digesa tidak membiarkan diri menjadi ayam dedak yang hanya menunggu dan menerima taburan dedak sebelum ditangkap serta disembelih oleh pimpinan parti yang didakwa sudah hilang integriti.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, ahli Pas tidak perlu membiarkan diri dijadikan tongkat bagi menjulang UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali berkuasa.

“Amat malang sebagai sebuah parti yang mendakwa membawa inspirasi Islam tetapi mempunyai pimpinan tertentu yang menjalan dan menggerakkan parti dengan cara yang ditentukan oleh dedak.

Dedak telah menentukan halatuju perjuangan politik Pas dalam arena politik negara.

“Melalui dedak juga yang ditabur pimpinan Pas yang mementingkan kepentingan politik diri dan bukannya perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahfuz juga menyambut baik keberanian yang ditunjukkan oleh menantu Presiden Pas, Zaharuddin Mohammad yang mendedahkan wujudnya habuan politik atau kartel dedak oleh segelintir pemimpin parti Islam itu.

“Usaha Ustaz Zaharudin bagi mendedahkan kedurjanaan pihak tertentu dalam mengawal selia dan menguasai kepimpinan parti adalah satu usaha bagi membersihkan Pas daripada sifat kemunafikan pemimpinan dan partinya,” katanya.

Mahfuz turut berterima kasih kepada Zaharuddin yang terus mendedahkan salah laku rasuah segelintir pemimpin Pas meskipun diberi amaran agar menutup mulut.

“Sebagai bekas pimpinan Pas, saya ingin mengucapkan syabas buat Ustaz Zaharuddin yang berani tampil dan mempertahankan tindakannya untuk mendedahkan kedurjanaan dan kebobrokan kepimpinan Pas sungguhpun mendapat amaran dari Setiausaha Agung Pas.

“Sifat terpuji ini perlu ada pada ahli Pas dalam menegakkan kebenaran dan memastikan kesucian perjuangan organisasinya lantas memastikan mereka yang terlibat dalam salah laku komplot dedak ini dinyahkan daripada Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. pas telah hanyut dipukul gelombang duit. . selagi kepimpinan pas tidak ditukar ahli kartel tidak disingkirkan pas akan terus hanyut. bersama ahli2nya yang taklid buta.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.