OKLAHOMA CITY – Dua pekerja pembersih bangunan melalui detik-detik mencemaskan apabila kotak lif yang digunakan untuk menaikkan mereka di atas sebuah bangunan 50 tingkat ‘berbuai-buai” ditiup angin kencang.

Kejadian itu berlaku di Devon Tower, dekat sini.

Pihak bomba memberitahu, insiden itu berlaku apabila kren yang digunakan untuk mengangkut lif itu tidak stabil selepas ditiup angin.

Ia menyebabkan lif berkenaan berpusing-pusing hingga merempuh beberapa cermin bangunan tersebut.

Bomba yang tiba ditempat kejadian terpaksa menstabilkan kren terlebih dahulu supaya lif berkenaan dapat diturunkan sedikit demi sedikit hingga ke paras rata bumbung tengah menara itu.

Operasi itu menyebabkan kawasan pejalan kaki dan lalu lintas terpaksa ditutup demi keselamatan orang ramai.

Dua pekerja itu berjaya dikeluarkan daripada lif itu dengan selamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.