LONDON – Sebuah badan amanah kesihatan dunia menyuntik sebanyak 80 juta pound (AS$102 juta) bagi penyelidikan bagi rawatan moden dan efektif bagi gigitan ular.

Projek itu dilancarkan Wellcome Trust sebuah badan kebajikan kesihatan dunia.

Menurutnya, gigitan ular membunuh 120,000 orang setiap tahun.

Projek itu bertujuan untuk menambah baik bekalan antivenoms – satu-satunya rawatan terkini untuk gigitan ular dan untuk membangunkan ubat baharu yang lebih berkesan untuk masa depan.

“Rawatan gigitan ular pada asasnya bergantung kepada proses 100 tahun lalu,” kata David Lalloo, seorang Profesor dan Pengarah Sekolah Perubatan Tropika Liverpool.

Kekurangan dana untuk penyelidikan saintifik telah menghadkan kemajuan dalam bidang perubatan ini hingga menyebabkan beribu-ribu mati, kata Lalloo.

Manakala 400,000 mangsa lagi mengalami kecederaan yang mengubah hidup seperti amputasi, memberi kesan kepada keluarga hingga berada dalam kemiskinan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menerbitkan “Roadmap Snakebite” mensasarkan untuk mengurangkan separuh kematian dan kecacatan akibat gigitan ular menjelang 2030.

Rawatan semasa – antivenoms – teknologi abad ke-19 yang biasa tanpa standard keselamatan atau keberkesanan.

Teknik ini juga membawa risiko pencemaran dan kesan sampingan yang tinggi, bermakna mangsa mesti dirawat di hospital, namun ia sukar kerana kadang-kadang penempatan mangsa jauh dari keadaan luar bandar, di mana kebanyakan gigitan ular berlaku.

Rawatan pula terlalu mahal bagi mangsa yang tidak mampu.

Selain itu, terdapat kekurangan antivenoms di kawasan berisiko, contohnya di Afrika, sehingga 90 peratus antigen yang tersedia mungkin tidak berkesan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan