Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta memberi tumpuan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memulihkan ekonomi, daripada bercakap mengenai pengganti perdana menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketika nilai ringgit jatuh dan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun, tidak sesuai hal pengganti perdana menteri dibincangkan.

“Ketika ini kuasa membeli rakyat semakin rendah, dan ekonomi negara pula semakin suram, apakah kerajaan PH masih mahu memikirkan soal pengganti?” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, seeloknya percakapan pengganti perdana menteri dihentikan, sebaliknya beri kerjasama dan dokongan kepada Tun Dr. Mahathir.

Katanya, penawar terbaik untuk memulihkan ekonomi ialah kestabilan negara, bukan soal siapa pengganti.

“Sampai masa berlaku peralihan kuasa itu sebagaimana dijanjikan Dr. Mahathir ketika sama-sama membuat pakatan untuk bergabung mengalahkan Barisan Nasional (BN),” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.