ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Matawang ringgit menambah nilai sebanyak 1.4 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama tahun ini.

Ia didorong terutamanya oleh aliran masuk portfolio bukan pemastautin yang berjumlah RM13.5 bilion, kata Bank Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, sejak bulan April, ringgit telah menyusut nilai sebanyak 2.2 peratus berbanding dolar AS (pada 15 Mei), sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau.

Menurutnya, tekanan penyusutan nilai baru-baru ini mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati dalam pasaran kewangan global berikutan prospek pertumbuhan global yang bertambah lemah serta ketidakpastian mengenai perkembangan geopolitik dan perdagangan dunia. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.