Murid Islam sekolah rendah di Austria dilarang bertudung. foto Agensi

VIENNA – Ahli-ahli Parlimen Austria meluluskan pengharaman pemakaian tudung di sekolah-sekolah rendah.

Undang-undang itu dicadangkan oleh sayap kanan kerajaan.

Wakil-wakil dari kedua-dua parti pemerintah, Parti Rakyat (OEVP) kanan dan Parti Kebebasan (FPOe) menjelaskan undang-undang itu disasarkan kepada tudung kepala yang dipakai oleh orang Islam.

Jurucakap pendidikan FPOe, Wendelin Moelzer, mengatakan undang-undang itu “isyarat terhadap politik Islam” manakala Ahli Parlimen OeVP Rudolf Taschner berkata, langkah itu perlu untuk membebaskan gadis daripada “penaklukan”.

Namun, patka yang dipakai oleh anak-anak Sikh dan kippa Yahudi tidak akan terjejas.

Organisasi komuniti Islam rasmi Austria, IGGOe sebelum ini mengutuk cadangan itu sebagai “tidak tahu malu” dan “taktik pengalihan”.

Tetapi, organisasi itu mendakwa peraturan berkenaan hanya menjejaskan sejumlah kecil kanak-kanak perempuan.

Ahli Parlimen pembangkang hampir semua mengundi peraturan itu.

Kerajaan mengakui bahawa undang-undang itu mungkin dicabar di Mahkamah Perlembagaan Austria, sama ada berdasarkan diskriminasi agama atau kerana undang-undang yang sama mempengaruhi sekolah, biasanya diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette