Foto hiasan - Seorang pengunjung melihat pelbagai jenis lampu hiasan berwarna-warni bagi persiapan sempena hari raya Aidilfitri semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan ringkas sebentar tadi memaklumkan pembayaran khas itu akan dibuat pada 24 Mei ini.

Turut menikmati bantuan khas Aidilfitri itu kira-kira 0.8 juta pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dengan bayaran sebanyak RM225.

Bayaran bantuan khas penjawat awam dan pesara kerajaan ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan