Netizen meluahkan rasa simpatinya kepada Najib menerusi akaun Fabeooknya
Netizen meluahkan rasa simpatinya kepada Najib menerusi akaun Fabeooknya

KUALA LUMPUR – Selepas setahun kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei tahun lalu, pelbagai peristiwa menimpa pemimpin tertinggi BN dan UMNO.

Paling tragis berlaku ke atas Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa dengan berpuluh pertuduhan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kononnya atas salah laku sepanjang beliau memegang jawatan perdana menteri.

Beliau kini banyak menghabiskan masa turun naik ke mahkamah untuk mempertahankan diri dari pertuduhan itu, sehinggakan tidak cukup dengan itu, ada lagi kes salah laku terbaharu sedang dibongkar pemimpin PH.

Ini menimbulkan rasa simpati pada orang ramai, yang selama ini berasa selesa menjalani kehidupan di bawah kerajaan BN.

Seorang netizen, Amran Hassan dalam status yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya meluahkan rasa simpati yang amat sangat kepada Najib.

Tulisnya, beliau menghormati Najib sebagai pemimpin kerajaan Malaysia dan pada masa sama berasa kecewa dengan kejatuhannya yang disebabkan fitnah.

“Walau apapun yang berlaku kepada insan ini. Saya amat menghormatinya,” tulis beliau.

“Saya sangat kecewa beliau jatuh kerana fitnah. Namun, saya tidak pernah lupa berdoa agar Allah kembalikan semula maruahnya,” katanya Amran lagi.

Beliau amat berharap maruah Najib dapat dipulihkan kembali menerusi perbicaraannya di mahkamah kerana tidak sampai hati melihat seorang yang pernah memegang jawatan perdana menteri diperlakukan sedemikian oleh kerajaan baharu.

Amran menyifatkan Najib sebagai seorang insan berhati mulia dan berdoa semoga Allah mengangkat semula kedudukannya.

Bermula pertengahan Mei tahun lalu, iaitu seminggu selepas PRU14, kediaman Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur digeledah sepasukan pihak berkuasa dan beliau disiasat berhubung skandal 1MDB.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga disiasat berjam-jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kelihatan letih dan tidak cukup rehat.

Kini, beliau yang sentiasa kelihatan tenang berulang alik ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk prosiding perbicaraan berkaitan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Peguam bela Najib diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala pihak pendakwa raya diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ya Allah, Kau lindungilah insan teraniaya ini dengan rahmatMU, Kau jauhkan hatinya dari resah gelisah dan berikan kekuatan padanya dan keluarga menghadapi ujian dan dugaanMU..Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Tinggalkan Jawapan