Brandt kini diburu Spurs menggantikan Eriksen yang dijangka menyertai kelab La Liga Sepanyol Real Madrid atau Barcelona musim akan datang.

ENGLAND – Tottenham Hotspurs antara kelab Eropah yang sedang mengintai rapat progres Julian Brandt di Bayer Leverkusen.

Bintang Jerman berusia 23 tahun difahamkan mempunyai klausa jualan 21.5 juta pound musim ini.

Mauricio Pochettino mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang tengah itu menjelang Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Brandt menjaringkan enam gol dan menyediakan 11 hantaran gol untuk Leverkusen sepanjang musim lalu.

Bakat bintang itu kini menarik perhatian Spurs.

Christian Eriksen masih berbaki kontrak setahun bersama Spurs di London dan dikaitkan penghijrahan ke Real Madrid dan Barcelona yang menahgih khidmat pemain Denmark itu.

Fokus Spurs kini tertumpu kepada aksi perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah menentang Liverpool.

Spurs dijangka mengemukakan tawaran untuk Brandt sebagai menggantikan Eriksen.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan