Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia melantun semula pada dagangan awal Jumaat, sejajar kenaikan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.08 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.09 mata kepada 1,602.28, diterajui terutamanya oleh Public Bank, Dialog dan Digi.

Indeks itu dibuka 0.13 mata lebih tinggi pada 1,599.32.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 179 berbanding 69 dengan 141 kaunter tidak berubah, manakala 1,522 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 112.27 juta bernilai RM48.16 juta. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.