Hatice Cengiz. foto Agensi

WASHINGTON – Hatice Cengiz, tunang kepada Jamal Khashoggi kesal kerana sehingga hari ini tiada seorang pun yang disabitkan dengan pertuduhan membunuh wartawan dari Arab Saudi itu.

“Saya tidak boleh faham bahawa dunia masih tidak melakukan apa-apa mengenai pembunuhan ini.

“Saya masih tidak dapat memahami manusia. Saya masih tidak faham. Saya merasakan bahawa saya perlu bangun,” katanya dengan penuh emosional kepada Jawatankuasa Kecil Dewan Perwakilan Perhubungan Asing.

Ia bercakap semasa pendengaran mengenai kebebasan akhbar antarabangsa dan bahaya pelaporan mengenai hak asasi manusia.

Wanita itu adalah individu terakhir melihat Khashoggi, seorang pemastautin dan kolumis Washington Post memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi mendapatkan dokumen untuk perkahwinan mereka.

Dan, Khashoggi tidak meninggalkan bangunan berkenaan.

Khashoggi merupakan pengkritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman, telah dibunuh dan mayatnya dikerat di dalam bangunan kosulat berkenaan.

“Kita masih tidak tahu mengapa beliau dibunuh. Kita tidak tahu di mana mayatnya,” tambah Cengiz yang mahu tindakan dikenakan terhadap Arab Saudi dan meminta Amerika Syarikat untuk membebaskan kepada tahanan politik di Arab Saudi.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah memutuskan pembunuhan Khashoggi dibuat atas arahan pihak tertinggi kerajaan Arab Saudi namun Riyadh menafikan pembabitan Putera Mohimmed.

Cengiz berkata, dia datang ke Washington dengan harapan untuk menimbulkan reaksi yang lebih kuat terhadap kematian tunangnya.

Beliau berkata,Trump menjemputnya ke Rumah Putih beberapa bulan sebelum itu, tetapi dia tidak datang kerana tidak yakin tentang tindak balasnya.

“Saya fikir kita memilih antara dua perkara …
“Kita boleh pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku … atau kita boleh bertindak, kita boleh mengetepikan semua kepentingan, kepentingan antarabangsa dan politik, dan memberi tumpuan kepada nilai untuk kehidupan yang lebih baik,” kata Cengiz kepada jawatankuasa kecil itu. – MalaysiaGazette