SEOUL – Seorang bekas Timbalan Menteri Kehakiman Korea Selatan ditangkap kerana kesalahan rasuah serta aktiviti pelacuran bagi memberi kelulusan kontrak pembinaan negara ini.

Agensi melaporkan, Kim Hak-ui yang merupakan seorang pendakwa raya terkenal sebelum menerajui Kementerian Kehakiman sekitar 2013 selepas mendapat lantikan bekas Presiden kontroversi, Park Geun-hye.

Bagaimanapun, Hak-ui meletak jawatan seminggu selepas itu kerana sentiasa dikelilingi oleh skandal serta dakwaan-dakwaan lain.

Lelaki itu ditangkap selepas Mahkamah Daerah Tengah Seoul mengeluarkan waran serta untuk tangkapan beliau agar suspek tidak melarikan diri atau cuba memusnahkan sebarang bukti sedia ada.

Hak-ui didakwa telah menerima wang rasuah bernilai 130 juta won (RM500,000) selain daripada melakukan hubungan seks sebagai habuan kelulusan kontrak dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Yoon Jung-cheon lebih 100 kali.

Selain itu, ada satu lagi pertuduhan Hak-ui menerima rasuah bernilai 40 juta won (RM139,802) daripada seorang ahli perniagaan lain bagi tujuan mendapatkan projek juga.

Pemimpin ini sentiasa menjadi bahan sensasi media sejak awal lagi sudah dikaitkan dengan seks, apatah lagi dengan induvidu kenamaan seperti Jung-cheon.

Beliau juga pernah berdepan dengan dakwaan rogol yang kemudiannya ‘hilang’ begitu sahaja, terdapat kemungkinan pengaruh serta keakraban beliau dengan kepimpinan terdahulu antara faktor dirinya terlepas.

Bagaimanapun, setakat ini Hak-ui tampil mengatakan dirinya tidak bersalah dan telah dianiyai. – MalaysiaGazette