de ligt optimis sertai man United musim hadapan

AMSTERDAM – Matthijs de Ligt dilaporkan masih memasang impian untuk menyertai Manchester United.

Kapten muda pasukan Ajax itu dikatakan tidak peduli situasi semasa the Red Devils yang gagal mara ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

United yang dikendali Ole Gunnar Solskjaer kalah enam daripada 10 perlawatan terakhir Liga Perdana Inggeris yang menutup tirai pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun ia sedikitpun tidak menjejaskan impian bintang berusia 19 tahun itu untuk berhijrah ke Old Trafford.

United merasakan bajat muda, De Ligt sesuai dengan falsafah kelab itu yang mahu membaiki jentera bek pertahanan dengan bakat muda yang terbaik pada musim depan.

Walaupun beberapa laporan awal di Eropah mendakwa The Red Devils gagal dalam usaha mengikat pemain itu, namun perkembangan terbaharu menyatakan de Ligt akan membuat keputusan mengenainya selepas Liga Nasional UEFA awal Jun ini.- MalaysiaGazette