Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini.
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Pembinaan dua buah masjid di Kampung Parit Awang Yong Peng dan Kampung Parit Hj Ali yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong tahun lalu telah diluluskan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, skop kerja dan skala dua masjid itu lebih kecil setelah peruntukannya dikurangkan daripada RM4 juta kepada RM2.8 juta.

Ia merupakan jawapan terkini yang diterima daripada Jabatan Perdana Menteri.

Ka Siong memberitahu, dokumen tender bagi pembinaan dua masjid itu telah disediakan dan dijangka siap pada tahun 2021.

Sebelum ini, projek pembinaan dua masjid itu telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu.

WKS“Setelah saya membawa isu ini ke Parlimen pada 22 Oktober tahun lalu serta memperjuangkan pembinaan 2 buah masjid masing-masing di Kg Parit Awang Yong Peng dan Kg Parit Hj Ali, sampai saya menggunakan ayat “berdosa tahu kalau membatalkan pembinaan masjid?”.

“Akhirnya DS Azmin Ali terpaksa bersetuju secara lisan untuk mempertimbangkan semula 2 projek tersebut pada 2 November 2018.

“Syukur kerana hajat kesampaian walaupun peruntukan asal diluluskan adalah RM4 juta bagi dua buah masjid dan kini skop kerja & skalanya lebih kecil!,” katanya melalui Facebook.

Ka Siong yang juga Presiden MCA turut berkongsi cerita tentang beberapa isu yang menjadi perbualan dalam penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Yong Peng.

Isu-isu tersebut termasuk harga sawit yang masih tak naik-naik lagi, harga petrol yang tinggi, syor bekukan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan bagi peminjam PTPTN yang masih berhutang serta kekurangan peruntukan PIBG sekolah untuk aktiviti . – MalaysiaGazette