Aksi salah seorang Monaco ketika perlawanan menentang Amiens di Stadium Louis II. awal pagi tadi.

PARIS – Monaco berjaya menyelamatkan diri daripada disingkirkan apabila dengan mudah menundukkan Amiens dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan Ligue 1 Perancis yang berlangsung di Stadium Louis II, awal pagi tadi.

Begitu juga dengan Kylian Mbappe yang turut menyumbat 4 gol tidak berbalas ketika befrtemu dengan Dijon sekaligus menamatkan kempen di laman sendiri.

Monaco kini layak ke babak seterusnya selepas memperolehi 36 mata.

Monaco yang merupakan juara pada 2017, secara dasarnya sudah selamat dengan mereka mendahului tiga mata berbanding Caen yang menghuni kedudukan play-off penyingkiran dengan perbezaan tujuh gol.

Pada perlawanan pagi tadi Guingamp sudah tersingkir manakala Dijon semakin menghampiri perangkap apabila tewas 4-0 kepada PSG.

Berikut adalah keputusan bagi perlawanan Ligue 1 Perancis yang berlangsung awal pagi tadi:

Bordeaux 0 – 1 Reims

Guingamp 2 – 2 Nîmes

Lille 5 – 0 Angers

Lyon 4 – 0 Caen

Monaco 2 – 0 Amiens

Montpellier 1 – 1 Nantes

Paris SG 4 – 0 Dijon

Saint Etienne 3 – 0 Nice

Strasbourg 0 – 2 Rennes

Toulouse 2 – 5 Marseille

  • MalaysiaGazette