Saksi yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi hadir prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di Mahkamah Kompleks Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Menjadi antara saksi penting dalam inkues kematian seorang anggota bomba dan penyelamata Muhammad Adib Mohd Kassim, kelibat Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, sentiasa mendapat tumpuan ramai.

Selain perwatakannya yang bersahaja dan mudah tersenyum, warna pakaian Pakar forensik patalogi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu juga menjadi tarikan media.

Masakan tidak, Dr Ahmad Hafizam sering hadir ke Mahkamah Koroner di Shah Alam dengan memakai kemeja warna ungu

Sejak hadir menjadi saksi ke-24 dalam inkues itu, doktor  tersebut sering tampil dengan kemeja dan bertali leher ungu.

MGF14052019_Inkues Adib_05
Saksi yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi hadir prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di Mahkamah Kompleks Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 MEI 2019

Bezanya, pilihan kemeja ungu yang dipakainya cerah atau gelap.

Pernah sekali Dr Ahmad Hafizam, memakai kemeja berwarna hijau.

“Tiada yang luar biasanya sebenarnya dengan kemeja ungu ini. Tidak ada sebab lain pun, warna ungu ini warna kegemaran saya,” kata Dr Ahmad Hafizam ketika didekati oleh MalaysiaGazette baru-baru ini.

Pakar forensik itu berkata, jika waktu bekerja di Institut Forensik Kuala Lumpur, beliau akan memilih warna baju yang berbeza.

“Tapi apabila ke sini (mahkamah) saya pilih baju dengan warna kegemaran saya,” ujarnya ramah. – MalaysiaGazette