Sistem pertahanan peluru berpandu S-400. foto rt News

ANKARA – Presiden Turki, Tayyip Erdogan memaklumkan pembelian sistem pertahanan S-400 dari Rusia sudah dimuktamadkan.

Selepas ini, Turki akan bersama-sama menghasilkan sistem pertahanan S-500 dengan Moscow.

Pegawai Amerika Syarikat menyifatkan rancangan pembelian sisten pertahanan roket S-400 yang “sangat bermasalah,” dengan mengatakan ia akan memberi risiko dalam kerjasama progran F-35 kerana ia akan berkompromi dengan jet yang dihasilkan oleh Lockheed Martin Corp.

Bagaimanapun, Erdogan memberitahu sesi soal jawab yang disiarkan televisyen dengan pelajar universiti di Istanbul bahawa Turki telah melakukan kerja-kerja teknikal dan mendapati masalah itu tidak wujud.

“Mereka (Amerika Syarikat) ‘melepaskan bola di tengah padang’ bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.Tetapi lambat laun, kita akan menerima F-35. (Amerika Syarikat ) yang tidak mempunyainya, bukan satu pilihan,” kata Erdogan. – MalaysiaGazette