Wan Saiful Wan Jan. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2017.
Wan Saiful Wan Jan. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Tindakan orang ramai membahaskan isu sistem bayaran balik Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) akan merugikan agensi itu dan orang awam.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata, cadangan atau kritikan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp tidak akan sampai kepada PTPTN.

Justeru beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan saluran yang disediakan agensi tersebut iaitu Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang disediakan di laman web rasmi PTPTN.

“Saya rasa boleh untuk keluarkan pandangan melalui Facebook, WhatsApp semua tetapi kita berikan satu saluran yang rasmi untuk mereka memberi pandangan yang boleh dipertimbangkan.

“Cakap melalui WhatsApp, Facebook ada faedahnya dari segi komentar atau cetuskan perdebatan tapi dari segi maklumat (ia) tidak sampai ke PTPTN, itu merugikan.

“Jadi saya minta selepas kita ‘berperang’ dalam WhatsApp, ‘bergaduh’ dalam Facebook, tolonglah lawat laman web kita, tolong datang sesi townhall untuk bagi pandangan,” katanya selepas sesi penyerahan sumbangan zakat dalam Program Jelajah Ramadan PTPTN Prihatin di pusat khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerlun.

Tambah beliau pihaknya terbuka menerima cadangan dan kritikan yang diberikan.

Baru baru ini, isu melibatkan PTPTN kembali menjadi polemik dan perbualan apabila wujud cadangan penyekatan semula perjalanan keluar negara membabitkan peminjam yang culas.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here