SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki bergelar Datuk Seri semalam bagi siasatan kes rasuah projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara bernilai RM17 juta.

Datuk Seri berusia 39 tahun itu adalah antara beberapa individu kenamaan yang disiasat kerana terbabit dalam pemberian rasuah bagi memperoleh tender berkenaan.

Suspek hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan dan ditahan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 pada 11 malam tadi.

Beliau jangka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat swasta direman empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes rasuah itu.

CEO lelaki berusia 45 tahun bergelar Datuk dan wanita berusia 53 tahun itu ditahan selepas disyaki menerima suapan berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan sekitar 2014 hingga 2017.

Dalam operasi itu, SPRM dilaporkan turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan. – MalaysiaGazette