Arnold Schwarzenegger

JOHANNESBURG – Pelakon ternama Hollywood, Arnold Schwarzenegger, ditendang seorang lelaki di belakang semalam ketika pelakon itu menjadi hos acara sukan di Afrika Selatan.

Kejadian berlaku apabila bintang filem Terminator itu sedang berbual dengan peminat di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg apabila seorang lelaki tiba-tiba melompat dan menendang dari belakang.

“Terima kasih di atas keprihatinan anda tetapi tiada apa perlu dibimbangkan.

“Saya sangka saya ditolak orang ramai, yang selalu berlaku. Saya sedar saya ditendang apabila melihat video seperti anda semua.

Saya gembira si bodoh itu tidak mengganggu Snapchat saya,” katanya di Twitter.

Schwarzenegger berada di Johannesburg sebagai hos pesta pelbagai sukan antarabangsa tahunan, Arnold Classic Africa.

Beliau bagaimanapun ingin melupakan sahaja kejadian itu tanpa membuat dakwaan terhadap lelaki yang menendangnya. -MalaysiaGazette