Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Muis Shefii (tengah) bersama Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Ali (berdiri, empat kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Sport Media & Distributor, Datuk Zaharul Annuar (enam kanan), bekas-bekas pemain bola sepak Malaysia serta yang lain bergambar kenangan pada sidang media Copa America 2019 di VE Hotel & Residences, Bangsar South, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Peminat bola sepak khususnya melibatkan pasukan kegemaran Argentina, Brazil dan Uruguay kini berpeluang menyaksikan aksi Copa America Brasil 2019 mulai 15 Jun ini.

Saat yang dinanti-nantikan bagi menonton aksi pasukan kegemaran masing masing dalam piala berprestij Amerika Selatan bakal menjadi nyata apabila sebanyak 80 perlawanan Copa America Brasil 2019 akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM sebagai komitmen memperkasakan sukan tanahair dengan menyiarkan sukan bola sepak terkemuka antarabangsa kepada peminat negara ini berjaya memperoleh hak selaku penyiar berlesen untuk edisi ke-46 ini.

Brazil akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan dwi tahunan itu yang mana akan berlangsung mulai 14 JUn hingga 7 Julai ini.

Sebanyak 10 pasukan termasuklah Brazil, Venezuela, Bolivia, Peru,Paraguay, Colombia, Ecuador, Chile dan Argentina juara 17 kali dan Uruguay juara 18 kali.

Jepun dan Qatar menyertai Copa America sebagai pasukan jemputan daripada benua Asia dalam perlawanan kali ini.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Abdul Muis Shefii berkata, walaupun perlawanan pembukaan bermula rasmi 14 Jun, ia akan disiarkan langsung pukul 8 malam pada 15 Jun disebabkan perbezaan waktu antara Malaysia dan benua Amerika.

MGF21052019_PC COPA AMERICA_05
Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Muis Shefii (kiri) menunjukkan kebolehannya dengan menimbang bola bersama bekas pemain bola sepak Selangor dan Malaysia, Rudie Ramli pada sidang media Copa America 2019 di VE Hotel & Residences, Bangsar South, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019

“Keseluruhan 80 perlawanan akan disiarkan, manakala 17 secara langsung bermula 15 Jun ini, tiga siaran tertunda dan selebihnya secara ulangan menerusi saluran TV1, TV2 dan RTM HD Sports selain melayari sesawang dan aplikasi RTM Mobile.

“Perlawanan langsung pertama yang akan disiarkan ialah melibatkan perlawanan antara tuan rumah Brazil dan Bolivia di TV2, RTM HD Sports, pukul 8 pagi dan siasaran ulangan 11 malam di TV1 dan 5 hingga 7 petang di RTM HD Sports,” katanya selepas melancarkan sidang Media gimik permulaan Copa America Brasil 2019 di Bangsar South, Kerinchi hari ini.

Rasdi Jumaat dan Izwan Mohd Nor akan menjadi pengacara sukan semasa siaran langsung.

“Orang ramai masih boleh menonton siaran langsung menerusi media sosial MyClick dan Streamyx.

“Kos yang keluarkan untuk hak penyiaran ialah sekitar RM2.9 juta menerusi peruntukan tahunan kami dan mengharapkan kejadiran penajaan dan bahagian pemasaran kami mengusahakan jualan waktu keudara untuk menampung siaran bola sepak berprestij itu,” tegasnya lagi.

Ditanya kenapa memilih Copa selepas Piala Dunia,kata beliau status temasya bola sepak itu selaku sukan ketiga terbesar menerima sambutan peminat bola sepak serata dunia selepas Piala Euro.- MalaysiaGazette