Peluru berpandu yang dipintas oleh tentera Arab Saudi. foto Agensi

JEDDAH – Arab Saudi telah memintas dua peluru berpandu di wilayah Makkah yang dilepaskan oleh Houthis yang diselaraskan oleh Iran.

Bedilan itu dilepaskan ketika ketegangan yang semakin meningkat antara Teheran dan Teluk Arab serta konflik yang hampir empat tahun di Yaman dilihat sebagai perang proksi di antara kedua belah pihak.

Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu yang mengetuai gabungan Barat dari negara-negara Sunni Muslim telah campur tangan di Yaman pada tahun 2015 untuk cuba mengembalikan kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Yaman itu digulingkan dari kuasa di Sanaa oleh Houthis pada akhir tahun 2014.

Jurucakap pakatan Arab Saudi berkata: “Pasukan Pertahanan Diraja Saudi mendapati ada sasaran udara yang melalui kawasan larangan di wilayah Jeddah dan Taif dan telah menanganinya seperti yang diperlukan oleh situasi itu,” menurut agensi berita negeri Saudi SPA.

Dalam tweet, Kedutaan Arab Saudi di Washington berkata, kedua-dua peluru berpandu itu telah dipintas di wilayah Mekah, termasuk Jeddah dan Taif.

Stesen televisyen Al Arabiya milik Arab Saudi, yang memetik sumber sebagai berkata melaporkan, pasukan pertahanan udara telah memintas dua peluru berpandu balistik yang melintasi bandar barat Jeddah dan Taif.

Ia merupakan bedilan pertama yang diarahkan ke Mekah.

Houthis menafikan bahawa peluru berpandu itu mensasarkan menyasarkan Mekah, kira-kira 70 kilometer (40 batu) dari Jeddah dan 50 kilometer (30 batu) dari Taif.

Sebaliknya Houthis mendakwa tuduhan Arab Saudi itu sebagai sokongan untuk menyokong peperangan.

“Rejim Saudi sedang berusaha, melalui tuduhan ini, untuk menyokong gerakan pencerobohan kejamnya terhadap rakyat Yaman kita,” kata jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea melalui Facebook.

Lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia membuat haji tahunan ke Mekah. Malah, ramai orang Islam melawat bandar raya semasa bulan Ramadan sekarang.

Riyadh menuduh Iran memerintahkan serangan dron minggu lalu ke atas dua stesen pam minyak di negara itu, yang mana Houthis mengaku bertanggungjawab.

Namun Tehran menafikan berbuat demikian. – MalaysiaGazette