Bank Pusat Australia

SYDNEY (Reuters) – Bank Pusat Australia mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar faedah bulan depan bagi memberi sokongan kepada ekonomi.

Gabenor Reserve Bank of Australia, Philip Lowe berkata, beliau menggesa kerajaan yang baharu dipilih untuk melaksanakan tugas mereka dengan mengurangkan cukai pendapatan bagi merangsang perbelanjaan.

“Kadar tunai yang lebih rendah akan menyokong pertumbuhan pekerjaan dan membawa ke hadapan apabila inflasi konsisten dengan sasaran,”

“Bersandarkan penilaian ini, kami akan mempertimbangkan pengurangan kadar faedah semasa mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya semasa berucap di Brisbane.

Ini merupakan kali pertama Reserve Bank of Australia (RBA) menurunkan kadar faedah selepas mencatatkan rekod terendah kepada 1.5 peratus pada Ogos 2016.

Langkah pengurangan kadar faedah itu dialu-alukan oleh para pelabur dan penganalisis yang berpendapat, ia dapat membantu menghidupkan semula pasaran hartanah Australia yang semakin malap.- Agensi