Gambar menunjukkan seorang lelaki yang sedang memanjat Menara Eiffel. foto AGensi

PARIS – Seorang lelaki yang bertindak memanjat Menara Eiffel ditahan selepas dia sampai ke puncak.

Tindakan lelaki itu menyebabkan menara dan esplanade tersebut terpaksa ditutup.

Rakaman video menunjukkan dia berada berhampiran dek di atas menara itu.

Tujuan dia memanjat menara setinggi 300 meter itu tidak diketahui.

Identiti lelaki tersebut juga belum dikenal pasti itu didakwa berada di mercu Paris itu lebih dari enam jam.

Jurucakap Menara Eiffel berkata: “Lelaki itu memasuki menara seperti biasa dan mula memanjat selepas dia berada di tingkat dua.

Tingkat satu dan dua menara itu boleh dinaiki dengan menggunakan lif atau tangga tetapi tingkat seterusnya perlu menggunakan lif. – MalaysiaGazette