Niki Lauda
Niki Lauda

LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun, kata jurucakap keluarganya dalam satu kenyataan.

“Dengan sedihnya, kami mengumumkan Niki yang disayangi telah meninggal dunia di samping keluarga,” kata kenyataan itu.

“Pencapaian uniknya sebagai atlet dan usahawan tidak akan dilupakan, tidak pernah kenal penat untuk beraksi dan sifat keberaniannya terus kekal

“Individu yang dijadikan contoh dan penanda aras untuk kita semua, beliau seorang yang disayangi dan merupakan suami, bapa dan datuk yang penyayang dan beliau akan dirindui,” kata kenyataan itu

Lauda memenagi tiga kejuaraan F1 iaitu 1975, 1977 dan 1984.

Bekas pelumba legenda F1 warga Austria yang bersara pada 1985 itu memegang beberapa jawatan penting dalam badan kawal selia F1.

Kepala beliau terbakar dalam kemalangan yang mengerikan pada Grand Prix Jerman 1976 dan para-paru beliau rosak akibat asap bertoksik.

Bekas pelumba F1 itu menjalani pemindahan paru-paru pada tahun lepas. – Agensi