CT Motorsport kini menjalinkan kerjasama strategik bersama Wak Doyok.

SUBANG – CT Brothers Sdn. Bhd., pemilik outlet CT Motorsports yakin akan dapat terus menarik perhatian pemilik kereta mewah bagi menyediakan perkhidmatan pemasangan badan kenderaan di negara ini.

Pengasas bersama syarikat, Bruce Tee berkata, ketika ini antara pemilik jenama kereta mewah yang menjadi pelanggan setia mereka antaranya BMW, Audi, Porshe, Mini Cooper, Ford Mustang dan Ferrari.

Beliau memberitahu CT Motorsports kekal menjadi pilihan pelanggan berikutan kos yang berpatutan namun menampilkan kualiti yang tinggi.

“Kos yang dikenakan adalah antara RM2,000 hingga RM10,000 bergantung kepada permintaan yang dikhususkan oleh pelanggan.

“Nilai tersebut sanggup dibayar oleh peminatnya yang berumur antara 25 hingga 65 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan baharu CT Motorsport di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas bersama syarikat, Cy Chong selain selebriti Wak Doyok yang merupakan rakan strategik selain pelanggan setia sejak tiga tahun lalu.

c32803bf-7a20-4b3f-8c5d-29edda1bc038
CT Motorsports kekal menjadi pilihan pelanggan kereta mewah berikutan kos yang berpatutan namun menampilkan kualiti yang tinggi.

Mengulas lanjut, Bruce optimis terhadap perkhidmatan pemasangan badan kereta khususnya bagi kenderaan mewah masih mendapat permintaan yang tinggi daripada kumpulan kecil peminatnya di seluruh negara.

Beliau berkata, ini dapat dilihat daripada jumlah pelanggan yang datang ke cawangannya di Petaling Jaya, Selangor untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penukaran badan kereta mewah dan pembelian aksesori untuk lebih daripada 100 buah kenderaan setiap bulan.

“Perniagaan ini sangat khusus kepada peminatnya yang tersendiri, meskipun pasarannya dilihat agak kecil tetapi permintaannya tetap tinggi kerana di Malaysia terdapat ramai peminat kenderaan mewah.

“Meskipun persekitaran ekonomi yang agak sukar kini tetapi, ia tidak menjadi faktor kekangan kepada syarikat,” katanya yang memberitahu kebanyakan barang diimport dari Taiwan yang memiliki kualiti tinggi.

Sementara itu, Wak Doyok berkata, CT Motorsports menjadi pilihannya kerana kos yang murah sebanyak 30 peratus berbanding pemilik outlet lain.c- MalaysiaGazette