LONDON – Arsenal mengesahkan pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan terpaksa menarik diri daripada beraksi di perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea pada minggu hadapan.

Perlawanan akhir itu akan berlangsung di Baku, Azerbaijan.

Ini menyebabkan Mkhitaryan yang merupakan rakyat Armenia menarik diri daripada menyertai skuad Arsenal ke Baku disebabkan faktor keselamatan.

Azerbaijan dan Armenia terpalit dengan ketegangan politik sejak sekian lama.

“Selepas mengambil kira pelbagai kemungkinan, saya terpaksa membuat keputusan yang sukar iaitu untuk tidak turut serta skuad [Arsenal] ke perlawanan akhir,” ujar Mkhitaryan melalui akaun Twitter miliknya.

Mkhitaryan pernah bergelar juara Kiga Europa ketika bersama Manchester United pada musim 2016/17.

Malah dis adalah penjaring gol kedua United pada perlawanan akhir tersebut untuk menewaskan Ajax 2-0. – MalaysiaGazette