Kenderaan yang membawa Jenazah Allahyarham Sultan Ahmad Shah beredar dari Institut Jantung Negara untuk dibawa ke Istana Negara di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, kini sudah berada di Istana Negara.

Jenazah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara pukul 10.55 pagi tadi dengan menggunakan kenderaan jenazah institut tersebut dan dikawal rapi pasukan polis.

Jenazah Almarhum dibawa ke istana tersebut untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa pulang ke Pekan.

Difahamkan, jenazah Almarhum akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas solat Asar untuk diterbangkan ke Pahang.

MGF22052019_JENAZAH SULTAN AHMAD SHAH03
Kenderaan yang membawa Jenazah Allahyarham Sultan Ahmad Shah beredar dari Institut Jantung Negara untuk dibawa ke Istana Negara di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2019.

Jenazah Almarhum dijangka dikebumikan pagi esok.

Ketika ini, Istana Negara dikunjungi beberapa orang kenamaan sejurus mengetahui jenazah Almarhum sudah berada di sana.

Almarhum Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat di IJN pukul 8.50 pagi tadi.

Sultan Pahang kelima itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 89 tahun. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.