Lamborghini Murcielago 2007,

MEXICO CITY – Kerajaan Mexico akan melelong Lamborghini, kediaman dan aset-aset yang dirampas daripada gengster dan seorang bekas ahli politik bagi mendapatkan dana membantu golongan miskin.

Ia merupakan sebahagian daripada program Robin Hood Mexico.

Lelongan pertama pada hari Ahad ini akan membida 77 kenderaan dengan harga permulaan AS$1.5 juta, menurut Ketua Institute to Return Stolen Goods to the People, Ricardo Rodriguez.

Hasil lelongan akan diserahkan kepada dua pihak berkuasa tempatan di negeri Oaxaca, negeri paling miskin di Mexico, menurut Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

Kenderaan untuk lelongan termasuk Porsches, Corvettes, Mercedes-Benzes, Mustang dan Lamborghini Murcielago tahun 2007.

Laporan 2017 oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menganggarkan Mexico kehilangan antara 5% dan 9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada rasuah setiap tahun.

Sejak berkhidmat pada bulan Disember, Lopez Obrador, seorang pemimpin sayap kiri telah melancarkan program kebajikan untuk golongan miskin dan warga tua, mengurangkan gaji penjawat awam teratas bagi menjimatkan wang rakyat dengan menghapuskan rasuah.

Beliau turut mengumumkan rancangan untuk sebuah institut “Robin Hood” pada bulan April. – MalaysiaGazette