Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, merafak sembah takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, sebentar tadi.

“Marilah kita mendoakan roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh,” ucap Hadi hari ini.

Sultan Pahang kelima mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.50 pagi pada usia 89 tahun.

Kemangkatan itu disahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan rasminya hari ini.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur,” katanya.

Almarhum dipercayai akan dibawa ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Pekan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here