Pelakon, Sazzy Falak bercakap pada Malam Amal Bersama Celepets 2019 di Feebay.Co Avenue K, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 21 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Bukan mudah untuk mengekalkan ikatan persahabatan dalam satu tempoh yang lama namun ia tidak mustahil bagi Celepets.

Celepets nama kumpulan persahabatan tujuh selebriti tempatan iaitu Sazzy Falak, Aisyah Sinclair, Atilia Haron, Daphne King, Dynas Mokhtar, Serena C dan Yasmin Hani.

Semalam mereka meraikan ulang tahun sedekad persahabatan mereka mereka.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, pelakon Sazzy Falak sempat berkongsi tips untuk mengekalkan ikatan persahabatan mereka.

Perkara paling penting menurutnya adalah komunikasi, kerana persahabatan bagi Sazzy tidak mempunyai perbezaan nyata dengan konsep perkahwinan yang memerlukan perbincangan secara empat mata sekiranya wujud sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati berhubung suatu perkara.

“Kita cakap terus terang, stay true dan bincang. Kami saling mengingatkan antara satu sama lain, apa pun komunikasi itu penting, macam perkahwinan

“Kalau tak puas hati jangan pendam jangan simpan kalau bercakap tentangnya baru boleh bincang secara matang,” katanya.

MGF210519_MALAM AMAL CELEPETS07

Sazzy FalakMendedahkan sering ditanya soalan tentang tips persahabatan kekal lama, Sazzy menyifatkan ketujuh-tujuh mereka semakin matang berhadapan isu sesama sendiri dan sering dapat menyelesaikannya secara demokrasi.

Pelakon filem Gol & Gincu 2 yang berusia 39 tahun itu mengaku Celepets pernah berhadapan dengan masalah perselisihan faham sebelum ini, namun ia tidak pernah menjadi rumit kerana berjaya diselesaikan dengan cepat.

“Ramai yang bertanyakan tentang itu. Pertamanya kita saling memahami antara satu sama lain, nak katakan tak pernah gaduh ada, tetapi lebih kepada perselisihan faham.Tidak pernah semua saling bergaduh, hanya ada satu dua sebelum ini.

“Sekarang ini dah tak (gaduh), semua orang lebih matang, sibuk dengan anak-anak,” tambahnya.

Ibu kepada dua kembar itu menentang tindakan menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati khususnya apabila berlaku pertengkaran sesama rakan.

Jelasnya, pengguna khususnya generasi muda yang sangat terdedah dengan teknologi hari ini perlu bijak dan tidak terlalu bergantung dengan media sosial.

“Sekarang zaman sosial media dan teknologi semua bergantung kepadanya. Kalau happy kita cakap kat Facebook, kita sedih, jalinkan hubungan dengan seseorang kita beritahu.

“Pada saya kalau marah jauhkan diri dari buat status di sosial media. Fikir dahulu,” kata Sazzy.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here