Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merafak sembah takziah atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pagi tadi.

Dr Mahathir turut mengucapkan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat DiRaja Pahang.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” demikan menurut Dr Mahathir.

Kenyataan ringkas itu dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.

Difahamkan Dr Mahathir baru selesai mempengerusikan mesyuarat Kabinet dan akan ke Istana Negara jam 4 petang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada jam 8.50 pagi tadiĀ  di Institut Jantung Negara (IJN) dan berita itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. -MalaysiaGazette