foto Reuters

SHANGHAI – Amerika Syarikat (AS) sedang menimbangkan sekatan seperti Huawei terhadap sebuah firma pengawasan video China, Hikvision.

Sekatan-sekatan itu akan membataskan keupayaan Hikvision untuk membeli teknologi AS dan syarikat-syarikat negara itu mungkin perlu mendapatkan kelulusan kerajaan untuk membekalkan komponen kepada firma China, lapor New York Times.

AS telah menyenaraihitam Huawei Technologies pada minggu lepas, dengan mengharamkan firma AS itu daripada menjalankan perniagaan dengan pembuat rangkaian gear telekomunikasi terbesar di dunia.

Negara itu telah menuduh Huawei melakukan aktiviti yang bertentangan dengan keselamatan negara, namun dinafikan Huawei.

Walau bagaimanapun, pada minggu ini pentadbiran Donald Trump memberikan gergasi teknologi lesen untuk membeli barangan AS. hingga 19 Ogos untuk meminimumkan gangguan kepada pelanggannya.

Huawei mengatakan ia boleh memastikan rantaian bekalan yang mantap tanpa bantuan AS.

Seorang eksekutif Hikvision menyuarakan sentimen serupa tetapi memberitahu Reuters bahawa syarikat itu tidak dimaklumkan tentang kemungkinan disenaraihitamkan.

“Walaupun AS berhenti menjual kepada kami, kami boleh mendapatkannya melalui pembekal lain.

“Cip yang digunakan Hikvision sangat komersial dan kebanyakan pembekal sebenarnya ada di China,” kata eksekutif syarikat tersebut. – MalaysiaGazette