Almarhum Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR – Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Almarhum dipercayai menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi tadi.

Berita sedih kemangkatan Sultan Pahang kelima itu turut dikongsikan cucundanya, Tengku Puteri Iman Afzan di Instagram.

Berita kemangkatan itu turut dimaklumkan oleh Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj di Twitter.

“Sembah takziah buat DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong atas kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang kelima. Jasa Sultan Ahmad Shah terhadap bolasepak negara Dan Asia tidak boleh dilupakan,” ciap beliau.

Pada 12 Januari lalu, Almarhum Sultan Ahmad Shah menyerahkan takhta kepada anakanda baginda Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri itu hampir 45 tahun. – MalaysiaGazette