Gambar hiasan

PARIS – Seorang wanita berusia 102 tahun disyaki terlibat membunuh jirannya berusia 92 tahun di sebuah pusat bagi golongan pesara.

Tertuduh kini berada di hospital psikiatri.

Wanita itu sudah menjalani ujian psikiatri untuk mengesan sama ada dia boleh disabitkan kesalahan jenayah.

Suspek itu dikatakan telah memberitahu salah seorang penjaga di pusat berkenaan bahawa dia telah “membunuh seseorang”, kata seorang pendakwa.

Seorang penjaga di rumah di Chézy-sur-Marne, di utara Perancis kemudian mendapati mangsa mati di tempat tidur dengan mukanya ada kesan lebam.

Punca kematian adalah “bergelut dan pukulan di kepala”, menurut hasil bedah siasat. – MalaysiaGazette