KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dengan kontrak selama dua tahun.

Pelantikan itu berkuatkuasa 27 Mei ini.

Beliau bakal menggantikan Datuk Mohd Ridhuan Ismail yang sudah bersara pada akhir Februari lalu.

Ahmad Faizal, pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif beberapa syarikat termasuk SAJ Ranhill Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). – MalaysiaGazette