KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan aksi Liga Super antara Pahang dan FELDA United FC yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Badan pentadbir Liga M itu dalam kenyataan menjelaskan penangguhan perlawanan terbabit bagi menghormati Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

“MFL dengan ini membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan Pahang menentang FELDA United FC ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Sehubungan itu, MFL mengadakan upacara bertafakur selama satu minit sebelum sepak mula bagi semua perlawanan Liga Malaysia pada esok hingga 26 Mei ini,” kata MFL dalam kenyataan itu.

Almarhum Sultan Ahmad Shah memang tidak asing dalam arena bola sepak negara termasuk di Asia apabila pernah menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here