Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, kesan akibat kelemahan dalam sentimen serantau berikutan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China yang terus meruncing.

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.55 mata kepada 1,598.32.

Barometer pasaran dibuka 7.71 mata lebih rendah pada 1,594.16 dan berlegar antara 1,592.97 dan 1,606.85 sepanjang hari ini.

Kelebaran pasaran adalah negatif selepas kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 449 berbanding 342 dengan 358 kaunter tidak berubah, 748 tidak diniagakan dan 24 lagi digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.89 bilion unit bernilai RM1.54 bilion daripada 2.37 bilion unit bernilai RM2.11 bilion yang dicatatkan semasa Khamis.

Seorang peniaga berkata, kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara terjejas selepas Presiden Donald Trump berkata bahawa sikap pentadbiran beliau yang kritikal terhadap Huawei Technologies mungkin boleh diselesaikan dalam rangka kerja perjanjian perdagangan China-AS, dan pada masa sama melabel gergasi telekomunikasi China itu sebagai ‘sangat berbahaya’.

“Pasaran Asia dijangka akan mengambil satu lagi langkah kembali hari ini memandangkan para pelabur sedang mengkaji semula kedudukan pasaran mereka di tengah-tengah perang perdagangan AS-China yang berpotensi untuk terus berpanjangan,” katanya.

Pada minggu lepas, Washington telah menyenaraihitamkan Huawei, langkah yang menyebabkan syarikat-syarikat AS tidak lagi boleh menjual produk mereka kepada gergasi telekomunikasi itu.

Antara saham-saham wajaran tinggi, Maybank rugi tiga sen kepada RM8.99 dan TNB jatuh 12 sen kepada RM11.54, manakala CIMB tidak berubah pada RM5.15.

Public Bank naik dua sen kepada RM22.52 dan Petronas Chemicals melonjak 12 sen kepada RM8.75.

Di kalangan saham-saham aktif, Vortex hilang dua sen kepada 25 sen, Impiana tergelincir setengah sen kepada 3.5 sen dan Sapura Energy susut satu sen kepada 29 sen.

Lambo menokok setengah sen kepada sen enam dan Dayang menambah tiga sen kepada 92 sen.

Indeks FBM Emas hilang 21.811 mata kepada 11,187.92, FBMT 100 adalah 22.591 mata lebih rendah pada 11,041.81 dan FBM 70 jatuh 20.04 mata kepada 13,549.53.

Indeks FBM Emas Syariah menurun 16.78 mata kepada 11,315.5 tetapi Indeks FBM Ace meningkat 0.1 mata kepada 4,289.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 18.76 mata kepada 16,534.56, Indeks Perladangan susut 20.33 mata kepada 6,817.09 serta Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian 0.59 mata kebih rendah kepada 162.01.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menurun kepada 1.15.3 bilion saham bernilai RM1.4 bilion dari 1.51 bilion saham bernilai RM1.92 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan waran menurun kepada 325.73 juta unit bernilai RM86.13 juta daripada 444.03 juta unit bernilai RM120.49 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE mengecut kepada 413.68 juta saham bernilai 62.98 juta daripada 420.55 juta saham bernilai RM70.87 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Produk pengguna dan perkhidmatan menyumbang 237.6 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (155.17 juta), pembinaan (133.04 juta), teknologi (90.21 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (34.08 juta), hartanah (122.79 juta), perladangan (13.97 juta), REIT (3,95 juta), dana tertutup (2,600), tenaga (276.96 juta), penjagaan kesihatan (24.95 juta), telekomunikasi dan media (19.49 juta), pengangkutan serta logistik (21.79 juta) dan utiliti (18,99 juta). – MalaysiaGazette