.Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar berkata kanak-kanak itu telah dibawa sendiri oleh suspek untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, namun doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran rokok seludup aktif di Lembah Kelang dengan penahanan lima lelaki Cina tempatan dan merampas 43,500 karton rokok seludup pelbagai jenama dalam OP Asap di sekitar Lembah Kelang baru-baru ini.

Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, turut merampas empat lori , sebuah kenderaan pelbagai guna, dua buah kereta dan sebuah forklif.

Nilai rampasan rokok selepas cukai ditaksirkan berjumlah RM7.134 juta dan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM7.5 juta.

Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here