Sebahagian pelajar Pondok Raudah Batu 11 Gombak di hiburkan dengan persembahan dari badut sebagai tanda meraikan kedatangan mereka sempena bulan Ramadan di Surau Nur Iman, Taman Kencana, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan pelbagai cara dilakukan meraih berkat dan salah satunya menyatuni anak-anak yatim.

Selain berbuka puasa bersama, memberikan wang raya dan bantuan ada juga yang menceriakan mereka dengan pelbagai cara.

MGF25052019_Surau Nur Iman_07
Pelajar Pondok Raudah Batu 11 Gombak turut diberikan bubur lambuk sebagai tanda meraikan kedatangan mereka sempena bulan Ramadan di Surau Nur Iman, Taman Kencana, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2019

Tidak terkecuali usaha murni Persatuan Penduduk Taman Kencana di sini yang meraikan anak-anak yatim Pondok Raudhah Batu 11 Gombak di Surau Nurul Iman di kawasan mereka hari ini.

Selain diraikan dengan majlis berbuka puasa, kira-kira 40 kanak-kanak di rumah anak yatim yang diasaskan Ustaz Mokhtaruddin itu juga dihiburkan dengan persembahan badut.

MGF25052019_Surau Nur Iman_04
Sebahagian pelajar Pondok Raudah Batu 11 Gombak di hiburkan dengan persembahan dari badut sebagai tanda meraikan kedatangan mereka sempena bulan Ramadan di Surau Nur Iman, Taman Kencana, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2019

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kencana, Mohamad Zoolkefli Hanafiah berkata, selain itu, anak-anak yatim itu juga dihidangkan dengan bubur chacha istimewa buah tangan penduduk di kawasan berkenaan.

MGF25052019_Surau Nur Iman_06
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kencana, Mohamad Zoolkefli Hanafiah (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar Pondok Raudah Batu 11 Gombak sempena bulan Ramadan di Surau Nur Iman, Taman Kencana, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2019.

Selain itu, katanya, mereka juga disumbangkan dengan beras sumbangan penduduk dan orang ramai.- MalaysiaGazette