Romelu Lukaku
Romelu Lukaku

LONDON – Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer akan memulakan pembangunan semula skuadnya dengan merancang untuk menyingkirkan beberapa pemain seperti Romelu Lukaku pada musim panas ini.

Mirror Daily melaporkan, penyerang Belgium itu merupakan salah seorang daripada empat pemain ‘untuk dijual’ sebagai srateginya  buat kelab itu.

Lukaku hanya beraksi 15 daripada 29 perlawanan di bawah pengurusan Solskjaer pada musim lalu dengan Marcus Rashford sering menjadi pilihan mengambil peranan utama.

Juan Mata juga seorang lagi pemain yang akan meninggalkan kelab itu selepas gagal mencapai persetujuan dalam kontrak lanjutan di Old Trafford.

Selain ketiga-tiga pemain itu, pemain pertahanan, Matteo Darmian dijangka meninggalkan Old Trafford selepas jarang beraksi pada musim lalu. – MalaysiaGazette