Moringa

JAKARTA – Pelajar-pelajar jurusan perubatan Universiti Nusa Nipa di Maumere, Timur Nusa Tenggara berjaya mencipta snek berasaskan moringa atau kelor sebagai pilihan sihat bagi pesakit diabetes.

Snek yang berupa biskut itu dibuat daripada daun moringa, gula pasir, kismis, tepung jagung, mentega, tepung gandum dan teh daripada daun moringa kering.

Pensyarah Universiti Nusa Nipa, Rosania EB Conterius yang membantu pelajar-pelajar berkenaan menjalankan tugasan tersebut berkata, biskut itu mengandungi gula yang rendah dan boleh dijadikan snek sihat kepada pesakit-pesakit diabetes.

“Moringa kaya dengan fiber. Dengan memakan biskut-biskut ini, pesakit diabetes akan berasa kenyang sehingga makan tengahari atau sebelum minum petang,” katanya.

Tambah Rosnia, biskut yang dikilangkan oleh seorang surirumah di kampung Nita itu diharapkan dapat membantu masyarakat setempat meningkatkan kebajikan ekonomi mereka.

Produk tersebut bagaimanapun perlu melalui ujian oleh Agensi Pemantauan Makanan dan Ubatan Indonesia (BPOM) sebelum boleh dijual kepada orang awam.

Menurut seorang lagi profesor madya, Mega Gaharpung, produk-produk berasaskan moringa dibangunkan sebagai tugasan khidmat masyarakat yang mana akan membangunkan kawasan Sikka sebagai kawasan agropolitan.- Agensi