Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

 

 

KUALA LUMPUR – Video muzik hip hop yang menampilkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilancarkan hari ini.

Usahawan, Mohd. Nor Kharoni Kamisan dalam hantaran di Instagramnya berkata, video muzik bertajuk BBB ringkas untuk Bukan Biashe Biashe akan dilancarkan pada 26 Mei 2019.

“Menghitung hari. Pelancaran rasmi 26/05/2019.

“MV BBB-ADK feat Rash,” katanya yang turut mengepilkan bersama keratan video muzik berdurasi 44 saat itu.

Dalam keratan tersebut, kelihatan Najib berpakaian kemeja T berwarna merah jambu tiba di gerai makan Lepaking milik Ron dengan menaiki kenderaan jenis Vellfire berwarna putih bersama polis pengiring.

Selepas sehari dimuatnaik ke Instagram, keratan video muzik itu telah ditonton sebanyak hampir 64,000 kali.- MalaysiaGazette