Peter O'Neill

SYDNEY – Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O’Neill mengumumkan perletakan jawatan selepas pegawai tinggi parti pemerintah berpaling tadah.

Semalam, lawan O’Neill berkata mereka telah mengumpulkan sokongan yang mencukupi di parlimen bagi menyingkirkan beliau berikutan pelbagai isu termasuk urusniaga gas dengan syarikat Perancis, Total, lapor Reuters.

O’Neill yang menerajui negara itu sejak 2011 menyaksikan terdapat cubaan untuk menjatuh beliau sebelum ini.

Beliau menyerahkan kepimpinan negara itu kepada Julius Chan, lapor ABC News. – Agensi