AMMAN – Turki menghantar bekalan senjata baharu kepada puak pemberontak Syria bagi membantu mereka berhadapan dengan serangan yang didalangi Rusia, kata pegawai-pegawai kanan parti pembangkang dan sumber puak pemberontak pada Sabtu.

Rusia memberi sokongan kepada askar Syria dalam serangan udara dan darat berskala besar kerana mahu menguasai wilayah terakhir yang dimiliki puak pemberontak di barat laut negara berkenaan.

Presiden Syria, Bashar al-Assad ketika melancarkan serangan berkenaan bulan lepas berkata, puak pemberontak telah melanggar gencatan senjata sedia ada dan menyebabkan penghijrahan beramai-ramai dengan mengebom Idlib dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Ini merupakan ketegangan terbesar di antara Assad dan musuh-musuhnya di wilayah Idlib sejak musim panas tahun lepas.

Ankara meningkatkan bekalan senjata sejak beberapa hari lalu selepas gagal memujuk Rusia untuk menghentikan ketegangan dan sekali gus mengurangkan kebanjiran pelarian ke Turki, kata dua pegawai kanan pembangkang. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.